Home Tempatan Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Khamis

Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Khamis

SHARE

KUALA LUMPUR, 22 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60km sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Utara Condore, Utara Reef North dan Utara Palawan sehingga Khamis (3 Januari).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan malam semalam memaklumkan angin kencang dengan kelajuan 40-50km sejam dan ombak berketinggian sehingga 3.5m dijangka turut melanda perairan Selatan Condore, Bunguran, Selatan Reef North, Layang-layang, Reef South, Selatan Palawan dan Labuan dalam tempoh yang sama.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments