Home Tempatan Amaran Angin Kencang Kategori Pertama Di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur

Amaran Angin Kencang Kategori Pertama Di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur

SHARE

Jabatan Meteorologi pada jam 12:50 tengahari sebentar tadi mengeluarkan Amaran Kategori Pertama berkenaan ramalan angin kencang yang dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur pada Sabtu, 30 Disember 2017 sehingga Rabu, 3 Januari 2018.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan-kawasan yang disebutkan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka bermula pada Sabtu, 30 Disember 2017 sehingga Rabu, 3 Januari 2018.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka bermula pada Sabtu, 30 Disember 2017 sehingga Rabu, 3 Januari 2018.

Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran rebut petir menyeluruh yang dijangka melanda sehingga lewat petang, Khamis, 28 Disember 2017 di perairan Kudat.

Menurut Jabatan Meteorologi, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Comments