Home Tempatan Aman Palestin Malaysia lancarkan klinik bergerak di Gaza

Aman Palestin Malaysia lancarkan klinik bergerak di Gaza

SHARE

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia, Aman Palestin, kini menyediakan perkhidmatan Klinik Komuniti Bergerak menggunakan sebuah van, bagi merawat penduduk Palestin yang cedera akibat kekejaman Israel di wilayah terkepung, Semenanjung Gaza.

Projek terbabit dijayakan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Assalama, dengan sasaran membantu sekurang-kurangnya 500 rakyat Palestin yang mengalami pelbagai kecacatan hingga menyukarkan mereka pergi mendapatkan rawatan secara langsung di hospital.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin di Gaza, Omar Seyam, berkata setiap hari klinik bergerak yang dikendalikan petugas perubatan dan jururawat itu, melakukan lawatan ke rumah pesakit yang dikenal pasti serta kawasan terpencil bagi menyediakan perkhidmatan pergigian, pembersihan kecederaan dan rawatan am.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments