Home Tempatan Amalan puasa rawat jiwa kotor

Amalan puasa rawat jiwa kotor

SHARE
PUASA bukan sahaja menahan diri daripada nafsu makan, juga meningkatkan ketakwaan kepada Ilahi. - Foto NSTP

AMALAN puasa antara bentuk ibadah bertujuan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Malah, ibadah itu ialah latihan spiritual dan penyucian jiwa bertujuan mendidik hati agar dijauhi sifat mazmumah yang boleh menjerumuskan Mukmin ke lembah kemaksiatan.

Menerusi rancangan Islam Itu Indah, Ustaz Firdaus Subhi, berkata amalan berpuasa diperintahkan Allah SWT melalui al-Quran yang bermaksud; “Hai orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa, (iaitu) dalam beberapa hari tertentu. Maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan, (lalu berbuka), maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari ditinggalkan itu, pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang yang berat menjalankannya, membayar fidyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin. Barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebaikan, maka itu lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (Al-Baqarah, ayat 183-184).

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments