Home Tempatan Amalan bid’ah jadi bahan ketawa, mufti gesa ‘raja bomoh’ taubat

Amalan bid’ah jadi bahan ketawa, mufti gesa ‘raja bomoh’ taubat

SHARE

KUALA LUMPUR, 17 Mac ― Seorang mufti menggesa bomoh popular Datuk Ibrahim Mat Zin “bertaubat” berhubung upacara membela negara daripada serangan Korea Utara.

Perbuatan “raja bomoh” ― menarik perhatian ramai susulan usahanya menjejak pesawat MH370 pada 2014 ― menjadikan negara ini bahan ketawa, kata mufti Wilayah Persekutuan.

“Maka, kami dengan tegas menyatakan bahawa amalan perbomohan yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim adalah bid’ah yang wajib dihalang daripada diteruskan,” kata Datuk Zulkifli Mohamad.

“Kami mengambil peluang di sini menyeru kepada Datuk Ibrahim supaya kembali kepada landasan Islam yang sebenar dan bertaubat kepada Allah.”

Bid’ah merujuk perkara baru dalam amalan Islam yang direka-reka dan menyanggahi al-Quran, sunnah, ijmak atau athar.

The Star Online melaporkan video menunjukkan Ibrahim bersama tiga pembantunya memasuki laut separas buku lali bersama dua biji kelapa, kayu, buluh, tikar dan mangkuk.

Dia juga mengadakan upacara perbomohan di luar institut Perubatan Forensik Negara, yang menyiasat kes bunuh Kim Jong-nam, pada Isnin.

The Malay Mail Online

Comments