Home Tempatan Aliran Trafik Lancar Di Semua Lebuh Raya Utama Pagi Ini

Aliran Trafik Lancar Di Semua Lebuh Raya Utama Pagi Ini

SHARE
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) — Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih lancar dan terkawal setakat pukul 9 pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata trafik hanya perlahan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung susulan kemalangan sebuah bas ekspres di km422.5 yang mengakibatkan kesesakan sehingga satu kilometer.

Secara keseluruhan, aliran trafik di lebuh raya dari arah utara dan selatan setakat ini masih lagi lancar, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1dan 2 juga masih lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Bernama

Comments