Home Tempatan Alhamdulillah, RUU 355 Berjaya Dibentangkan! – Khairuddin at-Takiri

Alhamdulillah, RUU 355 Berjaya Dibentangkan! – Khairuddin at-Takiri

SHARE

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah. RUU 355 telah dibentangkan huraiannya oleh Yang Berhormat Marang dan ucapan sokongan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Kota Bharu,” kata Dr.Khairuddin at-Takiri.

“Mengikut jadualnya, saya pula yang akan memulakan sesi perbahasan, tetapi oleh kerana speaker telah menamatkan sesi sidang, peluang untuk semua yang lain berbahas insyallah pada sidang seterusnya.”

RUU 355 telah dibentangkan oleh YB Marang, Dato’Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini di Dewan Rakyat selama setengah jam diikuti ucapan sokongan YB Kota Bharu hampir sejam setengah.

Hujah dan ucapan itu memberi peluang kepada semua rakyat termasuk ahli parlimen khususnya bukan Islam untuk memahami hujah dan rasional pindaan Akta 355.

Tambah Dr.Khairuddin at-Takiri lagi, pembentangan oleh Dato’Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan ucapan sokongan dari Kota Bharu, Dato Hj Takiyuddin Hassan merupakan hujahan rasmi daripada PAS yang membawa Usul RUU 355. 

Comments