Home Tempatan Al Mawardi Kristian Koptik-Dakwa Ahli CFM

Al Mawardi Kristian Koptik-Dakwa Ahli CFM

SHARE

Kuala Lumpur – Dr. Patricia Martinez salah seorang daripada ahli jawatankuasa eksekutif kepada Federasi Kristian Malaysia (CFM), mendakwa Al Mawardi adalah seorang Kristian Koptik dan ramai yang tidak tahu tentang perkara ini.

Hal ini disebut beliau pada satu forum yang dianjurkan oleh Islamic Renaissance Front (IRF), sebuah badan pemikir tajaan NED (National Endowment for Democracy) yang berpusat di Amerika Syarikat, ketika mengkritik perundangan Islam, pembawaan Al Mawardi, ‘Al Ahkam Al Sultaniah’ yang sangat keras dan menghukum.

The Worldview in Al Ahkam Al Sultaniah is an extremely harsh one. It is a punitive one. It is. I’m sorry to say, but the kind of view like power here, likes to punish, ‘hukum everything’…”

Forum yang bertajuk ‘Islamizing the State, Religious Politics in Malaysia’ dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan G25 dan University of Nottingham cawangan Malaysia. Kumpulan G25 sebelum ini pernah dikritik masyarakat umum kerana mahu undang-undang khalwat dihentikan serta-merta atas alasan ‘dosa peribadi’.

Dr. Patricia Martinez antara lain membentangkan kononnya kumpulan minoriti di Malaysia ditindas menjadi ‘second class citizen’ disebabkan layanan dan kekangan yang mereka terima. Antara lain mempersoalkan tentang saiz tapak sesebuah Masjid berbanding dengan saiz rumah ibadat bukan Islam yang jauh lebih kecil . Beliau juga mempersoalkan larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ dan ‘haji’ ke atas bukan Islam.

Soalnya, separa berseloroh, bagaimana ‘beliau’ hendak menegur seseorang yang berpangkat ‘haji’ kelak, jika perkataan ‘haji’ diharamkan seperti yang berlaku di Pulau Pinang?

Dear person who took a flight to Makkah…?”, sambil berkias seolah-olah larangan tersebut tidak masuk akal, disambut gelak ketawa daripada hadirin yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Forum tersebut merupakan salah satu daripada beberapa siri forum menyambut kedatangan Prof. James Piscatori, Timbalan Pengarah di Pusat Kajian Arab & Islam, Australian National University, Australia.

Comments