Home Antarabangsa Aktres Iran boikot Oscar, bantah larangan visa Trump

Aktres Iran boikot Oscar, bantah larangan visa Trump

SHARE
This image released by Cohen Media Group/Amazon Studios shows Taraneh Alidoosti in a scene from, "The Salesman." (Habib Majidi/Cohen Media Group/Amazon Studios via AP)

TEHRAN: Aktres Iran yang membintangi filem dicalon Oscar, The Salesman berkata, beliau akan memboikot majlis anugerah itu sebagai membantah larangan bersifat ‘perkauman’ Presiden Donald Trump ke atas pelarian Islam.

“Larangan visa Trump terhadap rakyat Iran berunsur perkauman. Jika ia akan dimasukkan dalam acara budaya atau tidak, saya tidak akan hadir Academy Awards 2017,” kata aktres Taraneh Alidoosti, 33, menerusi tweet.

Presiden Amerika Syarikat itu dilapor bersedia menghentikan pemberian visa buat pelawat dari tujuh negara Islam, termasuk Iran, selama 30 hari, berkuat kuasa seawal hari ini.

Beliau memberitahu saluran ABC News, rancangannya bukan satu ‘larangan ke atas Muslim’, namun menyasar negara yang ‘memberi ancaman pengganas.’

The Salesman diarahkan pembuat filem terkenal Iran, Asghar Farhadi, dicalon untuk filem bahasa asing terbaik di Academy Awards, dijadualkan bulan depan.

Farhadi menang anugerah Oscar pada 2012 untuk filem arahannya, A Separation. – AFP

Berita Harian

Comments