Home Tempatan Aktiviti mata wang digital perlu patuh dasar: Bank Negara

Aktiviti mata wang digital perlu patuh dasar: Bank Negara

SHARE

KUALA LUMPUR: Individu yang menjalankan aktiviti mata wang digital perlu mematuhi Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan untuk Mata Wang Digital (Sektor 6), kata Bank Negara Malaysia.

Malah, bank pusat berkata, mana-mana individu yang menjalankan aktiviti mata wang digital itu harus merujuk butir dalam dasar berkenaan untuk menentukan kegunaannya dan mematuhi dasar itu dengan sewajarnya.

Individu yang dilindungi di bawah dasar itu sebagai institusi pelapor diharap dapat mematuhi peruntukan Akta Syarikat 2016 termasuk keperluan untuk dimasukkan atau didaftarkan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bank Negara hari ini mengeluarkan Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan untuk Mata Wang Digital (Sektor 6) selepas mengambil kira maklum balas yang diterima dalam tempoh rundingan awam mengenai draf pendedahan yang dikeluarkan pada 14 Disember 2017.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments