Home Antarabangsa Aktivis sokong Rohingya minta korporat tekan kerajaan Myanmar

Aktivis sokong Rohingya minta korporat tekan kerajaan Myanmar

SHARE
GOLONGAN aktivis meminta pelabur korporat terkenal di Myanmar supaya mendedahkan layanan negara itu ke atas etnik minoriti Rohingya. - Foto AFP

BANGKOK: Golongan aktivis meminta pelabur korporat terkenal di Myanmar supaya mendedahkan layanan negara itu ke atas etnik minoriti Rohingya.

Sebuah kumpulan sokongan dikenali sebagai #WeAreAllRohingyaNow, menghantar sepucuk surat terbuka minggu ini kepada syarikat konglomerat pengeluar makanan dan kebersihan Unilever, yang memiliki dua kilang berhampiran Yangon, bandar terbesar negara itu.

Mereka meminta Unilever bercakap mengenai penindasan penduduk Islam Rohingya di Myanmar yang majoritinya beragama Buddha.

Kumpulan hak asasi menuduh tentera Myanmar membakar rumah, merogol dan melakukan pembunuhan besar-besaran dalam kempen pembersihan antikeganasan di Rakhine, negeri yang menempatkan majoriti Rohingya.

Aktivis Rohingya berkata, syarikat multinasional boleh meletakkan tekanan ke atas kerajaan Myanmar, yang mempertahankan tindakan tenteranya di Rakhine. Unilever bagaimanapun tidak menjawab surat dan enggan mengulas berhubung kempen. -AP

Berita Harian

Comments