Home Tempatan Aktivis LGBT Sokong Mujahid Sekat Dana Fi Sabilillah IKSIM

Aktivis LGBT Sokong Mujahid Sekat Dana Fi Sabilillah IKSIM

SHARE

Aktivis LGBT, Nisha Ayub, dalam hantaran akaun facebooknya, menyatakan sokongan kepada tindakan Menteri Agama, Yang Berhormat Dr Mujahid Yusof Rawa membekukan dana zakat fi sabilillah kepada IKSIM.

Menurut Nisha lagi, tindakan Mujahid itu harus disokong kerana sebagai aktivis LGBT, beliau sentiasa bersuara menentang tujuan IKSIM yang cenderung ke aras kaedah pemulihan golongan LGBT.

Alasan pembekuan dana sebagaimana yang dikemukakan Mujahid Yusof Rawa, juga turut disentuh aktivis gerakan LBGT tersebut. Baginya wang zakat yang diamanahkan kepada IKSIM, boleh digunakan untuk isu-isu lain yang lebih penting seperti membantu isu kemiskinan, pendidikan, pembangunan komuniti atau pembangunan kesihatan.

Beliau juga ingin melihat bagaimana JAKIM akan memberikan respons kerana projek untuk menyekat golongan LGBT dan lain perkara tidak bermoral dimulakan oleh mereka.

Dengan tindakan-tindakan tegas dan pantas oleh YB Mujahid Rawa ke atas IKSIM, Nisha Ayub menyatakan dengan penuh bersemangat bahawa Karma telah kembali.

 

Comments