Home Tempatan Aktivis Islam Haji A Karim Omar Meninggal Dunia

Aktivis Islam Haji A Karim Omar Meninggal Dunia

SHARE

Aktivis yang banyak menghabiskan masanya demi memartabatkan Islam di negara ini, Haji A Karim Omar meninggal dunia pagi tadi.

Allahyarham yang juga merupakan Naib Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia (MUAFAKAT) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang jam 8 pagi.

Solat jenazah dilakukan selepas solat Zohor di Masjid as Sobirin, Lembah Keramat dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4 Ulu Kelang.

Comments