Home Surat Akta 355 – “Mari kita tengok, siapa yang kena!”

Akta 355 – “Mari kita tengok, siapa yang kena!”

SHARE

Hari Ini Dalam Sejarah – Usul RUU Pindaan Akta 355 Dibentangkan!

Sekali lagi Dewan Rakyat bergema. Kali ini bukan kerana isu-isu perbahasan harian tetapi bantahan oleh Wakil-Wakil Rakyat DAP dan PKR. Mereka membantah Tan Sri Speaker membenarkan pembentangan Usul RUU 355 berkaitan cadangan pindaan ke atas Akta 355 oleh Yang Berhormat (YB) Marang.  Speaker menjelaskan bahawa ia merupakan Usul yang dibenarkan oleh kerajaan yang pernah dibentangkan kali pertama pada 26 Mei 2016 yang lalu dan diikuti kali kedua dengan pindaan pada 24 November 2016 tanpa perbahasan.  
 
Pada hari terakhir Sidang Dewan Rakyat pada 6 April 2017 itu, sejarah terukir apabila Usul Persendirian Ahli Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 49 buat pertama kali dibenarkan untuk dibentangkan sepenuhnya oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat setelah ditangguhkan sebanyak dua (2) kali sebelum ini.  Keizinan itu sendiri sudah melakar sejarah perbahasan Parlimen sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.  Syabas Malaysia yang berjaya buktikan amalan demokrasi terbuka di bawah tadbiran kerajaan Barisan Nasional hampir 60 tahun lamanya.
 
Namun, apa yang amat memeranjatkan ialah sikap terlalu bencikan pembentangan Usul ini, sejak Mei 2016 sehingga ke detik-detik Tan Sri Speaker membenarkan YB Marang untuk membentangkan Usul itu. Betapa jelas strategi wakil-wakil DAP dan PKR berusaha dengan 1001 dalih untuk menggagalkannya. Mungkin itulah perwatakan sebenar DAP, PKR dan PAN seperti yang sering dituduh ramai amat membenci Islam walaupun telah termaktub sebagai Agama Negara Malaysia di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Cukup jelas gelagat spontan bagaikan terkena sawan  oleh YB Gelang Patah yang beberapa kali menjerit-jerit di dalam Dewan yang mulia itu. Speaker menjadi begitu marah dan memberi amaran bahawa beliau akan mengarahkan Gelang Patah untuk keluar dewan sekiranya Gelang Patah terus berdegil mengganggu perjalanan Aturan Mesyuarat.
 
Mungkin itu jugalah segmen anti-Islam yang diperlihatkan oleh Allah SWT kepada seluruh warga Malaysia terutamanya yang beragama Islam. Itu belum lagi mendapat kuasa memerintah negara! Apakah itu bukan petunjuk yang amat jelas bahawa dalam PRU-14 yang bakal tiba? Eloklah Wakil-wakil Rakyat yang membuat kecoh melengah-lengahkan pembentangan Usul RUU 355 oleh Marang itu tidak dipilih semula oleh pengundi setempat. Kita sebagai pengundi Islam wajib menggunakan hak demokratik kita untuk menolak Wakil Rakyat sedemikian yang menolak kedaulatan Islam dalam Perlembagaan negara yang jelas dimaktubkan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
 
Kepada wakil DAP, PKR dan PAN – usahlah berhelah dengan 1001 macam alasan berkaitan peraturan mesyuarat atau hujah, peruntukan kes-kes undang-undang terdahulu termasuk saman oleh anak bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke atas Speaker Dewan Rakyat sendiri!  Isu saman itu begitu mudah dipatahkan oleh YB Kota Baru yang mengemukakan keputusan Mahkamah Tinggi tahun 2015 mengenai saman yang sama oleh empat orang ke atas YB Marang daripada membawa Usul yang hampir sama di dalam Dewan yang sama. Amat pelik peguam senior seperti Lim Kit Siang dan Gobind Deo boleh “terlupa” kes berkenaan dan terus berusaha mengelirukan Ahli Dewan demi menghalang Marang daripada membentangkan Usul RUU 355 berkenaan. Saman Tawfik Ismail belum pun difailkan oleh Mahkamah!  Benar seperti kata YB Marang – jangan terlalu kemaruk mengejar undi sehingga hilang kewarasan!
 
Teks ucapan Marang amat jelas dan begitu kuat hujah-hujahnya mempertahankan Usul pindaan ke atas Akta 355 kerananya ianya diperlukan sejak mula-mula diluluskan pada 52 tahun yang lalu pada tahun 1965. Perakuan Marang yang juga merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bahawa pindaan ini tidak melibatkan bukan Islam, bukannya Undang-Undang Hudud dan pindaan ini tidak mewujudkan apa-apa undang-undang baru selain apa yang terkandung dalam Akta 355 yang asal adalah tepat ditujukan kepada semua Ahli Dewan yang mulia itu. Penguatkuasaannya adalah di negeri-negeri di mana setelah diluluskan oleh setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), bentuk dan batas hukuman kesalahan syariah bergantung kepada cadangan DUN dengan kelulusan DYMM Sultan/Raja dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan. 

Sudahlah… persembahan Teater India dan Wayang Cina yang tak kenang budi serta persembahan silat hambar lagi tempang Melayu durhaka wakil-wakil Pakatan Harapan sudah berakhir. Tan Sri Speaker sudah menggunakan kuasa sepenuhnya yang dibenarkan dalam Peraturan Mesyuarat (Standing Order) untuk menamatkan sesi Sidang Parlimen kali ini. Speaker hanya mampu tersenyum sambil berkata akan jumpa lagi dalam Sidang Parlimen bulan Julai nanti untuk sesi bahasan sepenuhnya.  
 
Paling lucu aksi seorang Wakil Rakyat PAN yang suara jeritannya begitu kuat seolah-olah diserang hysteria. Kalau ikut bahasa politik satira semasa, mungkin ada yang bertanya kepadanya: “Siapa yang terkena kencing sebenarnya, YB?” Namun, barangkali ada pula yang masih teringatkan dialog klasik filem agung P. Ramlee dalam Ali Baba dan 40 Penyamun: “Jom….Mari kita tengok, siapa yang kena!” 
 
Rijaluddin Hj. Abdullah merupakan pembaca Menara.my

Comments