Home Antarabangsa Akhbar Charlie Hebdo hina gadis berhijab

Akhbar Charlie Hebdo hina gadis berhijab

SHARE

PARIS – PERANCIS. Akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo menyertai kempen kebencian digerakkan ahli politik dan beberapa pengamal media terhadap pemimpin Kesatuan Pelajar Universiti Paris Sorbonne, Maryam Pougetoux.

Pougetoux dipilih menerajui Kesatuan Pelajar Kebangsaan Perancis (UNEF), namun pemilihannya tidak disenangi golongan konservatif kerana beliau beragam Islam.

Malah, kemunculannya di kaca televisyen minggu ini turut dilabel sebagai menjatuhkan maruah UNEF kerana Pougetoux muncul dengan imej berhijab.

Susulan itu, Charlie Hebdo menerbitkan kartun provokatif dengan menggambarkan Pougetoux sebagai seekor monyet memakai hijab dengan kapsyen “mereka memilih saya untuk mengetuai UNEF.’

Difahamkan, kartun itu adalah penerbitan terbaharu akhbar kontroversi tersebut yang mempunyai sejarah cukup panjang dalam menyemai kebencian terhadap agama Islam dan penganutnya.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments