Home Tempatan Akademik menyokong Bahasa Kebangsaan sebagai syarat kewarganegaraan

Akademik menyokong Bahasa Kebangsaan sebagai syarat kewarganegaraan

SHARE

KUALA LUMPUR: Bahasa Kebangsaan semestinya dimartabatkan oleh setiap rakyat, itulah pandangan yang dilontarkan oleh Prof Datuk Dr Ramlah Adam berhubung dengan cadangan tokoh akademik, Prof. Datuk Dr Prof Zainal Kling, yang memberi cadangan bahawa kanak-kanak perlu fasih bahasa kebangsaan sebelum mereka diberikan kad pengenalan warganegara berwarna biru. Hal itu dicadangkan Datuk Dr Prof Zainal Kling untuk memupuk rasa tanggungjawab memartabatkan bahasa kebangsaan dengan baik.

Pejuang bahasa, Prof Datuk Dr Ramlah Adam pula mencadangkan agar seseorang yang baru memohon kerakyatan harus menjalani ujian bahasa kebangsaan dalam bentuk lisan ataupun tulisan kerana pendekatan sebegini lebih mudah dan efektif bagi memastikan setiap warganegara boleh berbahasa kebangsaan.

“Sistem sekolah yang pelbagai, pergaulan mengikut kelompok dan isu perkauman adalah punca bahasa kebangsaan di‘anak tirikan’ sehingga hilangnya rasa hormat terhadap bahasa kebangsaan. Oleh sebab itu, ramai yang tidak mahu bertutur dalam bahasa kebangsaan” tegas Datuk Prof Ramlah.

Comments