Home Tempatan Aidilfitri: Aliran trafik masih perlahan malam tadi

Aidilfitri: Aliran trafik masih perlahan malam tadi

SHARE

KUALA LUMPUR, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Aliran trafik masih bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama menuju ke ibu negara setakat jam 10 malam tadi.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, kenderaan di Perak bergerak perlahan dari Kuala Kangsar ke Terowong Menora, Ipoh ke Simpang Pulai dan Simpang Pulai ke Gopeng.

“Aliran trafik di semua laluan Selatan dilaporkan masih terkawal dan lancar malam ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur perlahan dari arah Bentong ke Lentang dan Plaza Tol Gombak ke ibu negara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di “http://www.twitter.com/llminfotrafik”.

Comments