Home Antarabangsa Ahok ‘marah’ digelar kafir

Ahok ‘marah’ digelar kafir

SHARE

JAKARTA – INDONESIA. Wajah Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok bertukar merah padam tatkala kes penghinaan agama dibacakan oleh saksi pelapor kes berkenaan, Muhammad Asroi Saputra.

Memetik laporan media tempatan, Ahok dalam nada marah membantah kenyataan kafir yang dibacakan oleh Asroi kepadanya semasa perbicaraan berlangsung.

“Saya tegaskan, saudara mengerti kitab suci, baik. Di situ ditegaskan Isa ada di dalam al-Quran. Saya percaya Yesus Tuhan dan (saya) bukan kafir. Saya membantah kenyataan  anda yang menyebut saya kafir,” kata Ahok, dalam persidangan kes dakwaan penistaan agama, di auditorium Kementerian Pertanian, Jakarta Selatan, Selasa petik Liputan 6.

Sejurus itu, Ahok dengan nada tinggi menegaskan bahawa setiap warga Indonesia berhak ‘bertuhan’ sesuai dengan prinsip pertama Pancasila.

“Saya bertuhan dan saya percaya Yesus Tuhan. Dan adalah hak saya di negara Pancasila dan sebagai warganegara di negara Pancasila saya berhak menjadi apa pun di negeri ini,” tegas Ahok.

Dalam pada itu, Ahok membantah kenyataan saksi lain, antaranya dakwaan saksi yang menyebut mereka mewakili umat Islam.

Namun keadaan kembali tenang selepas sebutan kes dibacakan, kelihatan Ahok dan Asroi bersalaman.

Sinar Online

Comments