Home Tempatan Ahli Parti DAP Mahu Zakir Naik Dihantar Pulang

Ahli Parti DAP Mahu Zakir Naik Dihantar Pulang

SHARE

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Ipoh Barat dari parti DAP, YB M. Kulasegaran mahu kerajaan menarik balik status Penduduk Tetap (PR) yang diberikan kepada Dr Zakir Naik dan mahukan penceramah antarabangsa itu dihantar pulang ke India.

Kata YB M. Kulasegaran kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sesi Parlimen bertarikh 8 November 2017, “Adakah setakat ini permohonan telah dibuat oleh negara India untuk beliau dihantar balik memandangkan saya percaya Yang Amat Berhormat sendiri telah pergi ke India baru-baru ini dan adakah perbincangan mengenai perkara itu?”

“Dengan izin, saya hendak tanya memandangkan pasport beliau yang asal telah dibatalkan. Maka dengan tidak ada pasport, PR pun patut ditarik balik. Adakah bukan ini pendirian-satu polisi kerajaan?”

Menjawab kepada persoalan tersebut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa, “Setakat ini, saya belum memperoleh permohonan ekstradisi daripada Kerajaan India. Saya bertemu dengan the Right Honourable Prime Minister of India, Narendra Modi, ya saya dengan beliau membincangkan mengenai antaranya soal Zakir Naik. Ketika itu tidak ada permohonan ekstradisi yang telah dikemukakan. Akan tetapi saya dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan India telah membatalkan pasport antarabangsa beliau.”

Berkenaan penarikan semula status PR, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata tidak ada klausa yang mengatakan bahawa sekiranya pasport asal seseorang ditarik balik, maka status PR juga perlu ditarik kembali.

“Dalam klausa atau peraturan, mana-mana warganegara asing yang dibatalkan pasportnya oleh negara asalnya atau negara-negara pemastautin itu di tempat-tempat lain untuk membatalkan permit masuknya, tidak ada syarat itu.”

Ahli parti pembangkang seringkali mempertikaikan status PR yang diberi kepada Dr Zakir Naik dan mahu agar beliau dihantar semula ke India.

Namun, mereka hanya berdiam diri dalam perkara melibatkan warganegara Malaysia, Ananda Krishnan apabila negara India mendakwanya dalam kes penipuan melibatkan syarikat Maxis.

Ananda dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro All Asia Network, Augustus Ralph Marshall dikehendaki di India selepas dituduh melakukan penipuan dalam usahasama antara Maxis dengan syarikat tempatan India, Aircel Limited, tetapi ekstradisi mahupun tuntutan keadilan tidak pernah dibuat oleh parti DAP.

Comments