Home Tempatan Ahli Parlimen Sarawak akan sokong RUU 355 jika dapat izin Ketua Menteri

Ahli Parlimen Sarawak akan sokong RUU 355 jika dapat izin Ketua Menteri

SHARE

KUALA LUMPUR, 17 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sarawak akan menyokong usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355, sekiranya Ketua Menteri baharu menyokong cadangan itu.

“Kalau pimpinan BN Sarawak kata tak sokong, kita akan tolak rang undang-undang itu.

“Kalau mereka kata sokong, kita semua akan sokong rang undang-undang itu,” kata Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar.

Jelas beliau, semua pendirian Ahli Parlimen BN Sarawak terletak pada Ketua Menteri baharu.

“Memandangkan kita ada ketua menteri baharu, saya yakin beliau sudah berbincang dengan perdana menteri,” katanya.

Datuk Abang Johari Abang Openg menggantikan Adenan, yang meninggal dunia Januari tahun lepas, sebagai ketua menteri.

Usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang Dewan Rakyat berada dalam perkara ke-7 mengikut aturan urusan mesyuarat.

 

Usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang Dewan Rakyat berada dalam perkara ke-7 mengikut aturan urusan mesyuarat.

Comments