Home Tempatan Ahli Parlimen, Adun tiada hak pinda undang-undang Islam

Ahli Parlimen, Adun tiada hak pinda undang-undang Islam

SHARE
Tengku Razaleigh Hamzah

SHAH ALAM – Ahli Parlimen, Adun serta mana-mana pihak lain tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan mengenai agama Islam memandangkan ia tertakluk di bawah kuasa Raja-Raja Melayu.

Presiden Angkatan Amanah Merdeka Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Raja-Raja adalah ketua agama di setiap negeri masing-masing dan telah diberikan hak untuk menggubal atau meminda akta serta undang-undang Islam di negara ini.

“Perlembagaan telah menetapkan bahawa jika Raja-Raja Melayu ingin meminda akta dan undang-undang Islam, keputusan mengenai perkara itu dibuat melalui Majlis Agama yang bertanggungjawab.

“Keputusan itu kemudian hendaklah diketengahkan ke Parlimen, Dun atau kedua-duanya sekali dikehendaki dari segi undang-undang untuk penggubalan dan pindaan,”katanya ketika menyampaikan ucapan di Forum Sejauh Mana Anda Memahami Hudud yang diadakan di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), hari ini.

AKAN MENYUSUL

Sinar Online

Comments