Home Tempatan Ahli MPN setuju denda untuk salah guna Bahasa Melayu

Ahli MPN setuju denda untuk salah guna Bahasa Melayu

SHARE

BANGI: Seorang ahli Majlis Profesor Negara (MPN) menyambut baik cadangan pindaan undang-undang untuk memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendenda orang ramai atas kesalahan penggunaan Bahasa Melayu.

Ketua kluster sejarah, warisan dan sosiobudaya MPN, Datuk Teo Kok Seong berkata, dengan mengenakan denda, ia akan memberi “ketakutan” kepada mereka yang membuat kesalahan dalam penggunaan Bahasa Melayu.

“RM1,000 itu bukan sedikit, bukan banyak, tapi boleh tahanlah RM1,000 itu,” katanya ketika ditemui FMT.

DBP baru-baru ini dilaporkan akan diberi kuasa untuk mengenakan denda menerusi pindaan terhadap Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas dilaporkan berkata, kerajaan mencadangkan supaya DBP mengambil tindakan terhadap penggunaan bahasa Melayu yang tidak betul, termasuk dalam iklan atas talian, di mana denda sehingga RM1,000 boleh dikenakan.

Ia sebagai usaha mencegah “pencemaran bahasa” dan mendidik masyarakat tentang penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul.

Teo yang juga merupakan pakar dalam sosiolinguistik Bahasa Melayu berkata, cadangan untuk mengenakan pindaan berkenaan telah lama diperjuangkan DBP tetapi tidak mendapat kelulusan Kabinet.

Menurutnya, sekiranya pindaan itu berjaya dilakukan, orang ramai juga akan lebih berhati-hati dan prihatin dalam menggunakan Bahasa Melayu.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Free Malaysia Today

Comments