Home Tempatan Agong Tawar PM, Wan Azizah Tolak – Anwar Ibrahim

Agong Tawar PM, Wan Azizah Tolak – Anwar Ibrahim

SHARE

Petaling Jaya, Selangor: Presiden PKR, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menolak tawaran oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk menyandang jawatan Perdana Menteri. Ini adalah kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah setia kepada perjanjian antara parti komponen dalam Pakatan Harapan yang telah menetapkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi Perdana Menteri, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah dibebaskan baru-baru ini.

Menurut laporan The Star, YDPA membuat tawaran demikian kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memenangi paling banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum 14 yang dimuktamadkan baru-baru ini.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Anwar juga menjelaskan bahawa YDPA bertitah bahawa, “Jarang kita melihat seorang ahli politik berpegang kepada janjinya.”

“Namun Dr Wan Azizah meminta satu perkara, supaya suaminya dibebaskan serta-merta,” katanya lagi.

“YDPA bertitah bahawa baginda akan melakukannya secepat mungkin,” tambah Anwar Ibrahim lagi.

Ketua Umum PKR yang berusia 70 tahun itu telah bertemu dengan YDPA sejurus setelah keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras pada jam 11:30 pagi pada hari Rabu di Istana Negara.

Anwar Ibrahim telah diberikan pengampunan sepenuhnya yang menjadikannya bebas daripada tuduhan liwat sebelum ini yang berkuatkuasa pada 10 Februari 2015.

Beliau turut berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana mempercepatkan proses pengampunannya.

Comments