Home Tempatan Agenda Kristian Hannah Yeoh : Speaker DUN Selangor Buat Laporan Polis

Agenda Kristian Hannah Yeoh : Speaker DUN Selangor Buat Laporan Polis

SHARE

Subang Jaya: Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff, baru-baru ini mendedahkan terdapat agenda Kristian di belakang motif politik Hannah Yeoh dalam Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAP).

“Di dalam buku ini, Hannah Yeoh secara terbuka mengakui bagaimana penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen, bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya.”

“Lebih dari itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” beliau berkata demikian merujuk kepada seruan dan catatan yang dibuat dalam buku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’.

Berikutan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, YB Hannah Yeoh, telah tampil membuat laporan polis di IPD Subang Jaya pada 15 Mei 2017.

Comments