Home Tempatan Agenda Kristian Hannah Yeoh, Dr Kamarul Buat Laporan Polis ke atas Hannah...

Agenda Kristian Hannah Yeoh, Dr Kamarul Buat Laporan Polis ke atas Hannah Yeoh

SHARE

Putrajaya: Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkap Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), telah membuat laporan polis terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Yeoh Tseow Suan atau lebih dikenali sebagai Hannah Yeoh.

Menurut Dr Kamarul Zaman, Hannah Yeoh telah melakukan kesalahan dengan menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam. Menurut Dr Kamarul, perkara ini jelas daripada buku tulisan Hannah Yeoh yang bertajuk ‘Becoming Hannah’.

Dalam buku tersebut, jelas Hannah Yeoh menulis buku ini untuk bacaan orang bukan Islam dan mengandungi unsur-unsur dakwah Kristian. Seperti contoh, pada muka surat 108, Hannah Yeoh mendakwa bahawa beliau sedang berdakwah melalui politik kepada rakyat Malaysia.

“Saya juga merasakan bahawa politik membawa saya jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang pendakwah. Tetapi, jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakwah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang. Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakwah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuatkan ianya berlaku melalui jawatan politik saya.”

Selain daripada itu, Hannah Yeoh juga mengajak pulang ‘rakan-rakan seperjuangan’ dari seberang untuk kembali berdakwah ajaran Kristian di Malaysia yang beliau gambarkan sepertimana menjaga pembinaan semula tembok-tembok Nehemiah di Baitulmaqdis.

“Di sini saya ingin bercakap secara khusus kepada ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut, di mana saja kamu berada sekarang, untuk tidak lupa misi yang telah dilatih dan dilengkapi dan pulang untuk berkhidmat… Kami ingin menggalakkan kawan-kawan Felo Kristian Seberang Laut untuk pulang. Terdapat banyak kerja perlu dibuat untuk membina semula negara yang indah ini. Seperti Nehemiah mengawasi pembinaan semula tembok-tembok Jerusalem, setiap orang perlu terlibat, bekerja.”

Hannah Yeoh juga mendakwa bahawa Tuhan ingin menuntut semula politik dan perkhidmatan awam negara ini, seolah-olah merujuk kepada kekuasaan politik dan perkhidmatan awam sewaktu Malaysia di bawah pentadbiran Empayar British.

“Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya. Dia sedang mencari lelaki dan wanita bertaqwa yang sanggup menggulung lengan baju mereka dan bekerja dalam bidang yang sangat mencabar ini.”

Comments