Home Antarabangsa Agamawan Hindu Terkemuka Dipenjara Kerana Rogol Pengikut

Agamawan Hindu Terkemuka Dipenjara Kerana Rogol Pengikut

SHARE

Jodhpur, India: Agamawan terkemuka Hindu dengan jutaan pengikut, Asaram Bapu disabitkan bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas jenayah merogol seorang gadis remaja, menurut laporan AFP.

Beliau yang mengetuai ratusan ashram di India dan di peringkat antarabangsa telah merogol pengikutnya tersebut di salah satu ashram, dengan alasan bagi menghalau semangat jahat dari tubuh mangsanya itu.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam

Beliau sebelum ini telah menggesa agar para pengikutnya untuk menjalani hidup suci tanpa kehendak seks.

Beliau juga didakwa telah merogol seorang lagi pengikutnya selain dikatakan terbabit dalam kes pembunuhan dua pelajarnya.

Pihak berkuasa di beberapa buah negeri sedang dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan berlakunya rusuhan setelah beliau didapati bersalah.

Pada tahun lepas, para pengikut seorang lagi pemuka agama Hindu pernah melancarkan rusuhan selama beberapa hari sehingga mengakibatkan 38 kematian kerana berang apabila guru mereka dijatuhi hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan rogol.

Comments