Home Tempatan Agama Islam Sebagai Agama Persekutuan Bukan Agama Rasmi – Ridhuan Tee

Agama Islam Sebagai Agama Persekutuan Bukan Agama Rasmi – Ridhuan Tee

SHARE

Simpang Renggam, Johor: “Agama Islam sebagai Agama Persekutuan bukan agama rasmi,” demikian penegasan yang dibuat oleh Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Ridhuan Tee Bin Abdullah ketika menyampaikan ceramah di Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam 2018 (DIPKI 2018) di Dewan Muafakat, Majlis Daerah Simpang Renggam baru-baru ini.

Prof Dr Ridhuan Tee turut mempersoalkan keberanian evangelis ekstremis Kristian yang terang-terang menyatakan hasrat mereka untuk mengkristiankan negara ini, walaupun perbuatan itu ditegah oleh Perlembagaan Persekutuan.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
“Kenapa hari ini orang berani terang-terang kata hendak kristiankan negara ini, sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan kita, mereka tidak boleh mengatakan benda-benda macam ini, contoh 11(4), orang-orang bukan Islam tidak boleh mendakyahkan agama mereka kepada orang Islam.”

Prof Dr Ridhuan turut mempersoalkan hasrat umat Islam yang ingin berbaik dengan puak evangelis.

Menurutnya lagi, Speaker Selangor, Hannah Yeoh juga telah dikenalpasti sebagai seorang Evangelis tegar.

“Kita dah kenal siapa yang jadi speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, antara pelopor-pelopor Kristian Evangelis ini, kita dah tahu apa perancangan mereka, yang masih nak berbaik pasal apa?”

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa pembuangan logo roket daripada pilihan raya kali ini adalah untuk memancing undi Melayu.

“Kenapa roket sanggup dilupakan dan menggunakan lambang mata? Saya cukup hairan sampai sekarang, kenapa dia sanggup korbankan lambang dia. Sebab dia nak menagih simpati orang Melayu, sebab dia tahu selama ini orang Melayu tidak boleh terima lambang roket.”

Menurut beliau lagi, adalah mudah bagi orang bukan Islam mengecapi kesenangan di negara Islam, namun perkara sebaliknya tidak berlaku.

“Orang bukan Islam boleh hidup senang di negara Islam sebab Islam tidak mengambil hak orang, tetapi belum tentu orang Islam boleh hidup senang di negara bukan Islam, nak pakai tudung pun susah.”

Prof Dr Ridhuan menyatakan kesanggupan beliau untuk mempertahankan Islam mengatasi hubungan persaudaraannya sendiri.

“Jika perlu membuat pilihan saya akan memilih orang Islam, dan sanggup meninggalkan mereka yang sebangsa dengan saya walaupun terdapat pertalian darah dengan saya, sebab persaudaraan Islam itu lebih tinggi daripada pertalian darah.”

Beliau turut menegaskan bahawa asal usul Malaysia adalah berakar umbi dari sistem ketuanan Melayu.

“Sejarah negara ini berakar dari sistem ketuanan Melayu, sebab itu kawasan ini digelar Kepulauan Melayu atau Malay Archipelago.”

Comments