Home Tempatan ADUN Seri Setia Kembali Ke Rahmatullah

ADUN Seri Setia Kembali Ke Rahmatullah

SHARE

ADUN Seri Setia, Allahyarham YB Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, telah kembali ke rahmatullah di Hospital Putrajaya petang tadi. Demikian menurut Setiausaha Kanan beliau, Zafrullah Aris.

Allahyarham Shaharuddin menghembuskan nafas terakhir pada jam 6:28 petang di hospital tersebut. Beliau yang sebelum ini dilaporkan oleh portal-portal tempatan dalam keadaan Kritikal semasa mendapatkan rawatan kanser kolon. Walaubagaimanapun, laporan-laporan tersebut kemudiannya disangkal melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kanannya pada 31 Julai 2018.

Melalui kenyataan media tersebut, Zafrullah menjelaskan Prof Dr Shaharuddin, sedang berada di dalam proses berehat setelah menjalani rawatan. Dalam kenyataan yang sama, beliau menjelaskan YB Seri Setia tersebut akan cuti berehat selama sebulan sebelum menyambung tugasannya semula. Beliau memohon kepada semua pihak untuk memberikan ruang berehat kepada Yb Seri Setia dan memohon semua pihak supaya mendoakan kesembuhan segera.

Allahyarham sebelum ini memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi mengalahkan 3 calon lain dari UMNO, PAS dan Bebas, mengambilalih Kawasan DUN yang sebelum ini dipegang oleh Nik Nazmi Nik Ahmad juga dari PKR.

Sementara itu, beberapa pihak mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham. Antara yang terawal merakamkan perutusan takziah ialah YB Azmin Ali, YB Dr Afif Bahardin dan YB Khairy Jamaluddin.

 

Comments