Home Tempatan Adab dan kecintaan terhadap negara

Adab dan kecintaan terhadap negara

SHARE

Melalui Kamus Dewan, peradaban itu secara ringkasnya boleh difahami sebagai keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani untuk sesuatu bangsa, masyarakat atau seumpamanya. Sementara penulis buku The Philosophy of Civilization, Albert Schweitzer menjelaskan bahawa peradaban adalah kemajuan dari sudut spiritual dan material pada setiap individu ataupun kelompok.

Beliau juga menjelaskan bahawa peradaban harus menghasilkan suasana yang menguntungkan kepada semua orang di sekeliling. Keberuntungan hidup bermasyarakat itulah yang boleh diertikan sebagai kesejahteraan. Ibnu Khaldun pula melalui Muqaddimahnya mengemukakan model peradaban  yang mengambil kira banyak aspek termasuk sifat biologi, fitrah manusia, fizikal dan spiritual manusia.

Idea-idea ini menjelaskan bahawa peradaban itu bukan sekadar kemajuan jasmani, material atau fizikal. Ia perlu ada regu yang berbentuk rohani atau spiritual yang sebenarnya adalah jiwa kepada kemajuan fizikal. Kemajuan dari sudut kerohanian itu hanya terserlah melalui  pembawaan diri dengan adab dan akhlak. Adakah kita boleh menganggap seseorang itu bertamadun jika ia memiliki peralatan mekanikal atau peranti (gajet) yang pintar, tetapi mengeksploitasinya demi keseronokan tertentu sehingga melanggar hak atau maruah orang lain?

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments