Home Antarabangsa 91 masjid di Jerman diserang sepanjang 2016

91 masjid di Jerman diserang sepanjang 2016

SHARE

BERLIN: Kerajaan Jerman berkata, 91 masjid di negara itu menjadi sasaran serangan sepanjang 2016.

Kementerian Dalam Negeri, dalam laporan yang dihantar kepada The Associated Press lewat Jumaat, menyatakan kebanyakan serangan, 21 daripadanya, berlaku di Rhine-Westphalia Utara, negeri di barat Jerman yang paling padat penduduk dengan ramai pendatang Islam.

Laporan itu tidak menyatakan secara terperinci sejauh mana tahap kerosakan dialami masjid berkenaan.

Bagaimanapun, ia berkata polis mengenal pasti suspek dalam 12 kes dan melakukan satu tangkapan.

Serangan terhadap masjid dan pendatang Islam semakin ketara sejak ketibaan 890,000 pemohon suaka pada 2015 yang meningkatkan sentimen anti-Islam dalam kalangan rakyat Jerman. – AP

Berita Harian

Comments