Home Antarabangsa 83 kanak-kanak jadi korban di zon konflik pada Januari: UNICEF

83 kanak-kanak jadi korban di zon konflik pada Januari: UNICEF

SHARE

NEW YORK, 20 Jamadilawal 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya 83 kanak-kanak menjadi mangsa korban dalam zon konflik di Timur Tengah dan Afrika Utara bulan lepas.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), kesemua mangsa meninggal dunia akibat pertempuran sepanjang Januari lalu di Iraq, Libya, Palestin, Syria dan Yaman.

Pengarah Serantau UNICEF bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, Geert Cappelaere berkata, kematian kanak-kanak di zon itu adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa.

“Kanak-kanak ini telah membayar harga tertinggi bagi peperangan yang mereka sama sekali tidak bertanggungjawab. Kehidupan mereka dipendekkan dan membuatkan keluarga mereka hidup dalam kesedihan selama-lamanya.

“Kami secara kolektif terus gagal untuk menghentikan peperangan terhadap kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan.

UNICEF berkata, sekurang-kurangnya 59 kanak-kanak terbunuh di Syria, manakala di Lubnan, empat kanak-kanak adalah antara 16 pelarian Syria yang mati sewaktu melarikan diri dari zon konflik.

Di Yaman, 16 kanak-kanak meninggal dunia pada Januari, di mana UNICEF menerima laporan kematian setiap hari.

Mangsa lain termasuklah kanak-kanak lelaki yang ditembak mati berhampiran Ramallah di Palestin dan terbunuh dalam serangan bom di bandar Mosul, Iraq.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments