Home Antarabangsa 8,000 pelarian diselamatkan di luar pantai Libya

8,000 pelarian diselamatkan di luar pantai Libya

SHARE
ANTARA pelarian berjaya diselamatkan di luar perairan Libya sejak lebih 48 jam lalu, ketika keadaan cuaca buruk. - Foto AFP

ROME: Lebih 8,000 pelarian berjaya diselamatkan di luar perairan Libya sejak lebih 48 jam lalu, ketika keadaan cuaca buruk.

“Semalam (Isnin), kami menyelamatkan kira-kira 5,000 orang dari empat bot besar, satu yang kecil dan 18 bot getah, ” kata seorang jurucakap kepada AFP.

Katanya, mereka diselamatkan oleh kapal pengawal pantai, tentera yang beroperasi dengan agensi sempadan Frontex di bawah Kesatuan Eropah (EU) dan bot bantuan yang dikendalikan oleh organisasi yang dibiayai sendiri.

Usaha mereka diselaraskan oleh pengawal pantai.

“Bersama-sama dengan Sea Watch dan Sea Eye, kru kami berupaya menyelamatkan lebih ramai orang dalam keadaan cuaca buruk,” kata Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jerman, Jugend Rettet menerusi Twitter, hari ini.

Katanya, tiga orang mati walaupun tidak dapat dipastikan sama ada mangsa ditemui mati atau meninggal dunia ketika operasi menyelamat.

AFP

Berita Harian

 

Comments