Home Antarabangsa 8 maut, 16 cedera letupan bom di Syria

8 maut, 16 cedera letupan bom di Syria

SHARE
Orang awam menyaksikan pekerja keselamatan dan penyelamat di lokasi letupan bom kereta di Homs, Syria. - Foto AFP

BEIRUT: Letupan bom mengorbankan lapan orang dan mencederakan 16 lagi dalam bas di Homs semalam, lapor media yang memetik kenyataan pihak berkuasa kesihatan bandar raya itu.

Daesh mendakwa melancarkan serangan, berkata letupan meragut nyawa 11 anggota tentera Syria, lapor agensi berita rasmi militan, AMAQ.

Ramai penumpang bas berkenaan adalah pelajar universiti, kata Gabenor Homs, Talal Barazi, kepada Ikhbariya TV. Letupan menggegarkan bandar raya di daerah Akrama berhampiran Universiti al-Baath.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments