Home Antarabangsa 6 tuduhan bunuh terhadap penyerang masjid Quebec

6 tuduhan bunuh terhadap penyerang masjid Quebec

SHARE
People attend a vigil for victims of a shooting at a mosque in Quebec City on Sunday, at the Grand Parade in Halifax on Monday, Jan. 30, 2017. Multiple people died in the attack which occurred during evening prayers. (Andrew Vaughan/The Canadian Press via AP)

OTTAWA: Pihak berkuasa mendakwa suspek yang menyerang masjid di Quebec City, Alexandre Bissonnette, atas enam pertuduhan membunuh dengan niat.

Bissonnette, seorang pelajar jurusan sains politik di Universiti Laval, turut didakwa dengan lima tuduhan cubaan membunuh dalam kes tembakan di pusat Islam itu ketika jemaah solat Isyak pada Ahad.

Polis Quebec berkata, cuma seorang suspek ditahan berhubung kejadian itu manakala seorang lagi dianggap sebagai saksi.

Perdana Menteri Kanada, Justin Tredeau, menyifatkan kejadian itu sebagai ‘serangan ke atas penduduk Islam dan berjanji pihak berkuasa negara itu akan berusaha menangkap pelaku tindakan itu dan jenayah lain.

Sementara itu, Presiden Donald Trump menghubungi Tredeau, bagi mengucapkan takziah berhubung serangan di masjid berkenaan.

Pejabat Tredeau berkata, Trump mengucapkan takziah kepadanya dan rakyat negara itu selain menawarkan bantuan yang diperlukan.

Berita Harian

Comments