Home Antarabangsa 6.75 juta umat sudah Islam tunai umrah tahun ini

6.75 juta umat sudah Islam tunai umrah tahun ini

SHARE

MAKKAH, 14 Syawal 1438H, Sabtu – Kerajaan Arab Saudi sudah mengeluarkan kira-kira 6.75 juta visa umrah tahun ini, meningkat enam peratus berbanding tahun lalu.

Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Salleh Banten berkata, peningkatkan itu selari dengan matlamat Wawasan Saudi 2030.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan, terdapat penurunan bilangan jemaah umrah dari beberapa negara seperti Mesir, Turki dan Jordan yang berpunca daripada keadaan ekonomi dan keselamatan.

Bagaimanapun, jumlah jemaah meningkat kebanyakkannya dari Amerika Syarikat, Jerman dan Norway serta beberapa negara lain.

Warga Pakistan menduduki tangga teratas senarai jemaah umrah tahun ini dengan 1,446,284 orang mengerjakan ibadah itu.

Ia diikuti oleh Indonesia dengan 875,958 jemaah, peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding tahun lalu.

India pula berada ditangga ketiga dengan 624,604 juta jemaah sementara 80,977 jemaah adalah warga Bangladesh.

Comments