Home Surat 500,000 akaun pendeposit TH tidak aktif

500,000 akaun pendeposit TH tidak aktif

SHARE

KUALA LUMPUR: Bermula 9 Jun depan, akaun pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) tidak aktif melebihi tujuh tahun akan dipindahkan ke kumpulan `Akaun Tidak Aktif’ yang tidak akan menerima agihan Hibah Tahunan atau Hibah Haji mulai 2018.

TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan sehingga kini pihaknya sudah mengenal pasti hampir 500,000 akaun pendeposit tidak aktif dengan jumlah simpanan sebanyak RM62.8 juta.

Menurut TH, inisiatif pengelasan `Akaun Tidak Aktif’ adalah sebagai langkah keselamatan serta melindungi akaun pelanggan daripada sebarang transaksi mencurigakan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments