Home Tempatan 5,000 hadir solat hajat di Masjid Negara

5,000 hadir solat hajat di Masjid Negara

SHARE
PARA jemaah mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam Masjid Negara hari ini selepas menunaikan solat hajat bagi memohon kesejahteraan negara yang kini berdepan ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara. -UTUSAN ONLINE/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Solat hajat di Masjid Negara di sini, dihadiri lebih 5,000 jemaah bagi memohon keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara.

Solat hajat selepas solat Jumaat itu dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Ditemui pemberita selepas itu, Syaikh Ismail mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama supaya sepakat mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau juga meminta rakyat terus bersatu menghadapi cabaran mendatang.

“Jika kemakmuran tidak dibentuk, ia memberi kesan tidak baik terhadap kemajuan negara.

“Kita mohon doa perlindungan bukan untuk rakyat di luar (Korea Utara) saja, tetapi kita doakan juga negara ini dijauhi perkara tidak baik.

“Sebagai umat Islam, solat hajat ini adalah antara usaha kita memohon perlindungan supaya rakyat dan negara ini selamat serta diredai,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meminta masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara.

Berita Harian

 

Comments