
SHEBAA (LUBNAN) : Kira-kira 500 pelarian Syria meninggalkan selatan Lubnan hari ini di bawah perjanjian damai membabitkan pihak berkuasa di Beirut dan Damsyik yang membantu mereka pulang semula ke negara asal.
Menurut Suruhanjaya Tinggi untuk Pelarian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNHCR), mereka dimaklumkan mengenai kepulangan itu tetapi tidak terbabit dalam perkara perjanjian berkenaan selepas mengambil kira pencabulan hak asasi dan situasi keselamatan di Syria.
Wakil AFP di Lubnan berkata, sebanyak 15 buah bas telah digunakan oleh kerajaan Syria untuk membawa pulang pelarian dari pekan Sheeba di selatan Lubnan di sini.
Untuk berita penuh sila klik di sini
