Home Tempatan 48 jemaah haji meninggal dunia di tanah suci setakat ini

48 jemaah haji meninggal dunia di tanah suci setakat ini

SHARE

Anggota Lembaga Pengarah TH Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata angka itu rendah berbanding 32 orang keseluruhannya tahun lalu, selepas diambil kira pertambahan 10,000 jemaah bagi musim haji kali ini.

“Pada tahun ini, kita lebih ketat dalam pemeriksaan kesihatan dan setiap doktor diminta untuk benar-benar memastikan tahap kesihatan jemaah sebelum memberikan kelulusan.

“Jika ada sakit, perkara itu hendaklah dimaklumkan  lebih awal kepada TH dan jika didapati ada doktor yang meluluskan mereka yang tidak sihat, mereka boleh dikesan kerana setiap doktor diberikan nombor pengenalan khusus TH,” katanya.

Abdul Shukor berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi waris Mohd Sufian Resli, 38, yang meninggal dunia di Makkah pada 6 Sept lalu akibat jangkitan paru-paru, di Taman Bukit Bendera, Mentakab di sini hari ini.

Katanya, TH akan sedaya upaya menziarah semua waris jemaah haji yang meninggal dunia di tanah suci.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments