Home Antarabangsa 43,000 dewasa Rohingya ‘hilang’?

43,000 dewasa Rohingya ‘hilang’?

SHARE
RIBUAN kanak-kanak pelarian Rohingya tiba di kem-kem pelarian di Bangladesh tanpa ibu bapa atau penjaga. AGENSI

COX’S BAZAR 8 Mac – Lebih 43,000 golongan ibu bapa kepada kanak-kanak etnik Rohingya dilaporkan hilang dan diisytiharkan mening­gal dunia dalam tempoh enam bulan sejak bermulanya serangan tentera Myanmar pada Ogos lalu.

Menurut Ahli Parlimen ASEAN Untuk Hak Asasi Manusia (APHR) yang merujuk data daripada kerajaan Bangladesh, seramai 28,300 kanak-kanak Rohingya kehila­ngan ibu atau bapa manakala 7,700 lagi dilaporkan kehilangan kedua-duanya.

Angka tersebut menunjukkan situasi terkini jumlah sebenar etnik Rohingya yang terbunuh dalam krisis tersebut dan lebih tinggi berbanding jumlah 400 orang yang diumumkan kerajaan negara itu.

Pengarah Kajian dan Sokongan APHR, Oren Samet memberitahu portal Time, jumlah itu meliputi kanak-kanak Rohingya yang kini hidup tanpa ibu bapa sama ada terbunuh atau kemungkinan dibunuh dan tidak diketahui lokasi mereka.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments