Home Antarabangsa 4 bekas pemimpin Catalonia meringkuk di penjara

4 bekas pemimpin Catalonia meringkuk di penjara

SHARE
GAMBAR fail, Naib Presiden disingkir Catalonia, Oriol Junqueras bercakap di sidang akhbar di Barcelona, Sepanyol, pada 29 September 2017. - Foto REUTERS

MADRID: Naib Presiden disingkir Catalonia, Oriol Junqueras dan tiga lagi pemimpin pemisah akan kekal di penjara sementara menunggu siasatan berhubung peranan mereka dalam cubaan pemisahan.

Mahkamah di sini dalam satu kenyataan berkata, enam lagi bekas menteri yang turut direman bulan lalu akan dibenarkan ikat jamin sebanyak 100,000 euro (RM481,495) setiap seorang ketika siasatan terhadap dakwaan pemberontakan, hasutan dan salah guna dana awam diteruskan.

Selain Junqueras, tiga lagi pemimpin pemisah, Joaquim Forn, bertanggungjawab menguruskan hal ehwal dalaman Catalonia dan pemimpin dua persatuan pro-kemerdekaan akan kekal di penjara ketika kempen rasmi pilihan raya wilayah itu bermula.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments