Home Tempatan 37 orang ditangkap terlibat judi haram

37 orang ditangkap terlibat judi haram

SHARE

KUCHING 9 Mei – Seramai 37 individu ditahan polis dalam 13 serbuan membanteras kegiatan judi haram sepanjang minggu lalu di negeri ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar, sebanyak tujuh serbuan melibatkan jualan loteri haram, lima judi siber dan satu gelanggang sabung ayam.

Katanya, serbuan dijalankan pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan daerah melibatkan bahagian Kuching, Miri, Sarikei, Bintulu, Serian, Bau, Limbang dan Marudi.

“Daripada 37 yang ditahan, 34 orang merupakan lelaki dan tiga perempuan termasuk 10 warga asing berusia antara 15 hingga 70 tahun.

“Kesemua ditahan disiasat bagi kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1962,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

UTUSAN ONLINE

 

Comments