Home Tempatan 360,000 akaun media sosial milik Daesh ditutup

360,000 akaun media sosial milik Daesh ditutup

SHARE

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi menutup hampir 360,000 akaun militan Daesh di laman media sosial, kata pengasas TweetSo Team, Abdul Rahman Saeed Al-Shahri, hari ini.

“Daesh mengedar kira-kira 130,000 mesej sehari di laman media sosial untuk mencetuskan huru-hara dan kekeliruan dalam masyarakat,” kata Abdul Rahman kepada akhbar harian al-Madina.

Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata, alat propaganda kumpulan militan itu semakin lemah dan jumlah muat naik berkurangan sebanyak 75 peratus dalam tempoh setahun.

“Sebahagian besar agensi mengeksploitasi kehadiran ramai pengguna Arab Saudi di media sosial, terutama Twitter, alat media yang paling berpengaruh di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai akaun media sosial palsu diwujudkan bagi memuat naik mesej atas nama rakyat Arab Saudi dan Suruhanjaya untuk Promosi Kebaikan dan Pencegahan Maksiat (Haia) bertujuan mencetuskan konflik dan provokasi dalam kalangan rakyat.

“Mereka bukan tidak tahu masyarakat Arab adalah konservatif dan mentaati agama. Mereka mengeksploitasi faktor ini dengan menyebarkan mesej yang disertai ayat al-Quran dan hadis Nabi untuk meraih simpati dan sokongan rakyat,” katanya.

TweetSo Team ditubuhkan oleh Abdul Rahman untuk mewujudkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan rakyat dan menyelamatkan mereka daripada penggodam yang memeras ugut mangsa. – Saudi Gazette

Berita Harian

Comments