Home Antarabangsa 34 terbunuh di Timur Ghouta

34 terbunuh di Timur Ghouta

SHARE

BEIRUT: Serangan udara regim Syria di kawasan kubu kuat pemberontak di Timur Ghouta dekat Damsyik membunuh lebih 30 orang awam termasuk kanak-kanak, kata kumpulan pemantau.

“Seramai 34 orang awam terbunuh disebabkan serangan dan roket tentera regim di Timur Ghouta dan 11 daripada mangsa adalah kanak-kanak,” kata Ketua Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman.

Rami berkata, 26 mangsa terbunuh di bandar Douma, Ghouta dan kawasan pinggir timur bandar itu.

SOHR berkata, serangan udara, senjata dan roket ke atas Ghouta sejak 15 hari lalu sudah mengorbankan lebih daripada 690 orang awam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments