Home Antarabangsa 300 kanak-kanak Palestin ditahan rejim Israel sejak awal tahun ini

300 kanak-kanak Palestin ditahan rejim Israel sejak awal tahun ini

SHARE

TEBING BARAT, 10 Rejab 1438H,Jumaat – Sekurang-kurangnya 300 kanak-kanak Palestin ditahan oleh tentera Israel sejak awal tahun ini, kata sebuah kumpulan hak asasi manusia.

Kelab Tahanan Palestin mendedahkan menerusi satu laporan yang didokumen berhubung siri serbuan keganasan, di mana kanak-kanak di wilayah itu ditahan, dipukul dan didera oleh rejim Israel.

Laporan yang dikeluarkan oleh kumpulan itu menyelar tindakan kejam rejim Tel Aviv terhadap kanak-kanak di wilayah Palestin.

Malah, ia turut menggesa Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) termasuk hak asasi manusia antarabangsa memberi perhatian lebih kepada nasib kanak-kanak di wilayah itu.

Kementerian Kebudayaan Palestin juga menyeru masyarakat global untuk membantu melindungi kanak-kanak negara itu, yang dianggarkan 45.8 peratus daripada jumlah penduduknya.

Kementerian itu menegaskan bahawa tindakan keras Israel terhadap kanak-kanak adalah bukti jelas rejim berkenaan telah memulakan perang sebenar dengan Palestin.

“Israel mesti dibawa ke muka pengadilan atas jenayah yang jelas terhadap kanak-kanak Palestin tanpa henti selama beberapa dekad lalu,” kata kementerian itu.- Agensi

 

Comments