Home Tempatan 249 individu ditahan disyaki rekrut ahli melalui media sosial

249 individu ditahan disyaki rekrut ahli melalui media sosial

SHARE

KUALA LUMPUR, 26 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Seramai 249 individu tempatan dan asing yang disyaki merekrut ahli untuk aktiviti keganasan melalui media sosial berjaya ditahan setakat ini.

Ini melibatkan 240 orang yang menjalankan modus operandi mereka melalui Facebook, lapan melalui Twitter manakala seorang lagi melalui Instagram, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa tangkapan tersebut dibuat hasil risikan pihak polis dan pemantauan oleh Pusat Tindakan Mesej.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments