Home Antarabangsa 2 rakyat Palestin maut ditembak Zionis

2 rakyat Palestin maut ditembak Zionis

SHARE
Penduduk Palestin mengusung mayat Mohammed al-Hamayda, remaja Palestin berusia 13 tahun yang ditembak di kepala oleh tentera Israel untuk dikebumikan. - Foto AFP

BANDAR GAZA: Tentera Israel menembak mati dua penduduk Palestin, seorang daripadanya remaja dalam pertembungan sempadan semalam di selatan Semenanjung Gaza, kata Kementerian Kesihatan Hamas.

Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra memberitahu AFP, seorang remaja Palestin berusia 13 tahun ditembak di kepala berhampiran bandar Khan Yunis di Semenanjung Gaza.

Beliau menambah, seorang lagi mangsa, Mohammed al-Hamayda, 24, maut akibat ditembak di perut dalam insiden berasingan di timur Rafah.

Tentera Israel berkata, sepanjang tengah hari, ‘ribuan penduduk Palestin mengambil bahagian dalam rusuhan dan melakukan pelbagai tindakan ganas di beberapa lokasi di sepanjang pagar keselamatan Semenanjung Gaza.’

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments