Home Antarabangsa 2 maut, 55 cedera serangan bom di masjid Libya

2 maut, 55 cedera serangan bom di masjid Libya

SHARE

BENGHAZI: Dua maut manakala 55 lagi cedera dalam pengeboman di sebuah masjid di sini, hari ini.

Serangan dilakukan ketika solat Jumaat di sebuah masjid kecil di daerah Majouri.

Sumber tentera berkata, peranti itu diletakkan dalam beberapa beg di pintu masjid dan diaktifkan menggunakan telefon bimbit.

Dua minggu lalu, 35 maut dalam satu lagi pengeboman serentak di sebuah masjid di sini, bandar kedua terbesar di Libya.

Bandar ini dikawal Tentera Kebangsaan Libya (LNA), pasukan utama di timur Libya yang diketuai Khalifa Haftar.

LNA berjuang menentang militan Islam, termasuk yang ada kaitan dengan Daesh dan Al-Qaeda serta penentang lain.

Haftar berjanji menamatkan huru hara selepas kebangkitan kumpulannya disokong NATO yang menyingkirkan Muammar Gaddafi hampir tujuh tahun lalu.

Haftar melancarkan kempen tentera di sini pada Mei 2014 sebagai tindak balas terhadap siri pengeboman dan pembunuhan yang dikatakan dilakukan militan Islam.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Berita Harian

Comments