Home Antarabangsa 18 maut serangan udara jet Russia di Idlib

18 maut serangan udara jet Russia di Idlib

SHARE

IDLIB, 12 Rejab 1438H, Ahad – 18 orang awam termasuk lima kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara yang berlaku di wilayah barat laut Syria, Idlib pada Sabtu, lapor kumpulan pemerhati.

Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia mengesahkan bahawa angka kematian itu meningkat daripada 15 orang dalam serangan di Urum al-Joz, sementara tiga lagi maut ekoran mengalami kecederaan serius.

Kumpulan itu berkata, serangan udara itu dipercayai dilancarkan oleh pesawat Russia, yang beroperasi dalam menyokong rejim Syria.

Awal minggu ini, satu serangan kimia dilancarkan di bandar Khan Sheikhoun di Idlib, membunuh sekurang-kurangnya 87 orang awam termasuk 31 kanak-kanak.

Setakat ini, lebih 320,000 orang telah terbunuh di Syria sejak konflik itu bermula pada Mac 2011 berikutan demonstrasi antikerajaan. – Agensi

Comments