Home Antarabangsa 16 kanak-kanak maut serangan udara di Idlib

16 kanak-kanak maut serangan udara di Idlib

SHARE
Gambar fail yang dirakam pada 2012 menunjukkan kanak-kanak membawa bendera Syria semasa menyertai demonstrasi membantah Presiden Bashar al-Assad di Hazzano, Idlib. - Reuters

BEIRUT 22 Mac – Serangan udara berhampiran sebuah sekolah di Kafr Batikh, Idlib semalam menyebabkan 20 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 16 daripadanya adalah kanak-kanak.

Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, serangan itu mengenai kanak-kanak terbabit yang ketika itu sedang keluar dari sekolah berkenaan.

“Mangsa yang paling tua berusia 11 tahun,’’ katanya.

Menurut beliau, serangan itu hampir mengenai sebuah pos kawalan yang dikuasai kumpulan Hayat Tahrir al-Sham yang dianggotai oleh ramai bekas anggota kumpulan Al-Qaeda.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments